Gendang

Salah satu gendang yang digunakan dalam Gamelan
Gendang anak

Gendang (Jawi: ݢندڠ) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam kelompok alat yang khusus dipalu atau diusap menghasilkan bunyi disebut sebagai "alat perkusi".

Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search